JANUARI 2013
*aku rasa bulan Jan 2013 ni terlalu cepat masa berlalu...sekejap je dah masuk bulan feb...abah cuma dapat merasa tahun 2013 hanya 28 sahaja..menjelang 2013 abah dah sakit teruk.. erm..Harap aku mampu terus tabah, sabar dan redha menerima ujian yang hebat ini..
Dah tiada lagi tempat untuk aku mengadu,,tempat untuk aku menumpang manja,,tempat untuk aku menumpang kasih...Kini,,hanya kasih MAK yang akan aku terima..
Rindu dengan belaian abah,,rindu dengan senyuman abah,,rindu dengan pelukan abah,,rindu dengan ciuman abah...
*Bagi aku abah seorang insan yang sangat penyayang, yang sangat pemaaf,,yang sangat penyabar.. Biarlah anak menantu buat dia geram camana sekalipun,,abah tetap akan mengukirkan senyuman.. Menutup rasa marah dan geram nya melalui senyuman.. Akhirnya,,anak menantu yang akan rasa bersalah sendiri.. Melihatkan senyumannya,,terbit rasa bersalah di dalam diri dan menyesali apa yang telah dilakukan...
*Sepanjang abah ada di dunia ni,,,aku lah yang tolong buatkan jadual pemakanan ubat abah..sehinggakan aku dah naik hafal jenis2 ubat kencing manis, darah tinggi, cair darah yang abah perlu makan ikut jadual.. Setiap kali abah dapat ubat baru dari klinik,,mesti abah tunggu aku balik kampung untuk aku nomborkan ubat2 abah mengikut masa pemakanan.. dan bila aku dapat tau abah tak makan ubat,,aku mesti marah..dan masa tu terpancar la senyuman rasa bersalah abah sebab xnak makan ubat...aku marah pun bukan marah betul2..marah sayang...nak abah sihat mesti lah abah kena makan ubat selalu..barula darah tinggi dan kencing manis abah xtinggi..klu 2,3hari cuti balik kg..time tu la aku akan kawal abah supaya ikut jadual pemakanan ubat...tanpa miss 1 ubat pun..dan setiap kali tu juga abah mesti cakap "time akak ada ni baru la abah makan ubat teratur ikut jadual...akak xde abah pening nak makan ubat mana satu" sambil ketawa he-he-he...aku pun hny mampu tersenyum..aku teringat,,dulu aku kecik2 selalu manja dgn abah..sekarang ni aku dah besar,,abah pulak bermanja dgn aku..seronok sgt perasaan masa tu..rasa diri lebih dikasihi, disayangi..
Sekarang ni dah xde lagi la aku buat jadual ubat...ubat-ubatan abah pun masih lagi didalam kotak dan ditempat biasa..rindu dengan senyum abah bila aku marah xmakan ubat..hehehe..rindu sesangat...senyum manja gitew...walaupun abah xde lagi,,namun senyuman abah tu tetap segar lagi dalam kotak memori hidupku...
*Perancangan awal 1-3 Feb 2013 nak bawa mak abah dan keluarga bercuti ke melaka..dah lama xpergi bercuti dengan keluarga mcm dulu2 masa kecik2..homestay dah pun booking dan deposit..oleh kerana abah sakit terlantar di hospital,,kami semua batalkan niat untuk pergi bercuti..dan tak sangka abah betul2 pergi bercuti selama-lamanya... 3 Feb genap abah bercuti 7hari..
--Sedih sangat2 rasa hati ni sebab hajat aku xkesampaian..apapun aku terpaksa redha demi ketenangan abah di sana..
*Perancangan awal,,aku nk buat kenduri kesyukuran sebab abah dah selamat oprate angin pasang dan aku dah pun sihat walafiat dari sakit dulu tu...tapi aku xsangka,,,kenduri tahlil abah pulak yg kami anak beranak kena buat...
--Sekali lagi hatiku terkilan kerana hajat ku tidak kesampaian...
banyak lagi kenangan aku dengan abah..kenangan yang manis2 semuanya.. tak sanggup nak cerita semuanya..nanti la kalau ada masa lebih2 aku sambung cerita kenangan manis aku dengan abah ya..
Buat abah,,kasih sayang yang abah curahkan selama ni masih belum puas lagi akak kecapi bah..tapi akak xmampu nak melawan takdir ILAHI..DIA pencipta abah..DIA pencipta kita..Akak memang sayangkan abah...tapi akak tak nafikan DIA lebih sayangkan abah...akak pun tak sanggup tengok abah menderita sakit..menanggung penderitaan yang kami tak dapat merasainya..akak relakan pemergian abah..akak doakan agar abah tenang di sana..aman damai di samping hamba-hamba ALLAH yang beriman.. abah doakan kebahagiaan akak bersama sopi..doakan kebahagiaan mak bersama anak2..doakan kebahagiaan along dengan kak maria dan sara..doakan along berubah untuk menjadi anak lebih baik dan bertanggungjawab..juga doakan adik bahagia dan bertemu jodoh yang terbaik didunia dan diakhirat...jangan lupa doakan akak dan sopi dapat zuriat yang soleh dan solehah ya bah..agar zuriat2 akak dan sopi nanti dapat menjaga kami dengan baik sewaktu kami tua dan uzur kelak...
Akak doakan Al-Fatihah buat abah.... Al-Fatihah...
No comments:
Post a Comment
Ada nak komen apa2 ker? komen je k? tQ...(^_^)