Salam,,
Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.. Ceh!! macam ramai sangat la reader kat blog ni..perasan lebey...
Anywhere rasa raya tahun ni macam xde semangatnya..Persediaan tu tetap juga buat..Tapi banyak buat persediaan di rumah mak abah (senggarang, batu pahat). Rumah sendiri takde apa2 pun..huhuhu..
Tahun ni tema raya untuk keluarga warna oren...tp baju cari2 tu macam kuning oren jerk...ceria sangat rasa warna tu.. gi mana2 keluarga kami yang meriah..huhuhu..
 |
| Ceria tak? hehehe....ni family saya..cuma kurang sorang je lagi iaitu along.. |
Tapi yang membuatkan rasa kurang semangatnya sebab baru saja kehilangan pakcik yang telah kembali ke rahmatullah pada 6 Ogos 2012 iaitu Ramadan yang ke-17 dan hari tersebut adalah hari Nuzul Al-Quran.. Saya, Suami, Mak, Along, Adik, dan abah yang banyak bertungkus lumus untuk menguruskan jenazah..mungkin sebab tu la rasanya semangat raya xde..kereta yang follow van jenazah pun kena badi..asyik rosak jerk...hampir 5k dah habis utk kereta tu..ada gak ura2 nak jual...tapi sayang la..dah banyak hbs duit kat kereta tu,,sayang pulak nk jual..lg 3thn je lagi nk hbs byr..rugi kot klu nak cari kereta lain... bincang2 ngan suami,,nanti la dulu nak tukar kereta..bersyukur dengan apa yang ada... Alhamdulillah dapat suami yang masih mampu berfikir tentang keutuhan kewangan dan memikirkan mana dulu yang lebih penting...syukur sangat2...
Dalam pertengahan aidilfitri 30 Ogos 2012 dengan kesibukan orang ingin menyambut kemerdekaan Malaysia ke 55,,mata kiri mengenyet2...dalam hati berfikir..."kenapa ni..apa lagi yang akan aku tangiskan?" selang 10minit henpon berbunyi,,, di skrin terpapar nama 'Along No Baru' ...dapat berita abah masuk wad kerana sakit perot yang amat sangat. call mak tanya apa cerita, abah di wad kecemasan,,baru lepas x-ray..doktor suruh opreation angin pasangnya.
Waktu tu fikiran ni ntah mcm hape..tangan dah menggigil menahan sebak..balik kerja migrain pulak..erm..macam2..pagi esoknya 31 Ogos 2012 jam 10pagi saya dan suami gerak balik ke batu pahat. abah dah mula puasa jam 8 pagi tunggu untuk menjalani pembedahan.. Suami pecut bawak kete 130,140... 2jam setengah jerk dah smp..huhuhuhu..alhamdulillah sampai dengan selamat..
Sampai ke malam abah puasa,,doc kate, boleh makan dulu,,opreation banyak kes emergency..jam 4pagi 1 september puasa lagi..
 |
| Dalam kesakitan pun abah masih mampu tersenyum.. |
Jam 1.15petang 1 September 2012 abah disorong masuk ke dewan bedah..Perasaan kami anak beranak hanya tuhan yang tahu..Namun masih tetap berdoa supaya abah selamat menjalani pembedahan tersebut...Alhamdulillah jam 3.30 petang abah disorong keluar dari dewan bedah...Kami yang menunggu rasa lega dan bersyukur sangat2 abah selamat...
2 September 2012 abah dibenarkan pulang kerana tiada sebarang masalah dan implikasi berlaku ke atas abah..Sampai rumah kami adik beradik macam2 cara dibuat untuk keselesaan dan kemudahan abah baring bangun duduk supaya tak bentan dan dijaga rapi...Alhamdulillah adik belikan abah katil bujang dan kerusi duduk orang sakit untuk buang air besar.. Terima kasih adik... Suami 'siang' ikan haruan untuk saya buatkan abah sup..Dalam kami sibuk2 tu,,saudara mara pulak ramai yang datang untuk tengok abah..bertanya khabar..xlupa juga ada yang menghulurkan sumbangan ikhlas..Jadi keadaan jadi kelam kabut untuk saya sebab nak layan tetamu dan bantu mak kat dapur,,dalam masa yang sama abah sering memanggil untuk membantu abah bangun, duduk, baring, makan ubat dan segala keperluan abah..
3 September 2012 masih lagi cuti untuk menguruskan abah berpantang dirumah..Adik pun masih cuti untuk menguruskan kereta abah di bengkel yang masih belum siap dibaiki. 3 September masih lagi menerima tetamu dan saudara mara yang datang tengok abah..rutin saya masih macam biasa,,menguruskan abah berpantang, mkn minum, mandi, ubat dan sbgnya...
7.00malam saya bercakap dengan suami untuk membawa mak abah balik ke putrajaya supaya senang untuk saya jaga abah berpantang. biarpun saya bekerja, saya boleh balik untuk makan minum ubat abah..rumah ke pejabat hanya 5-10minit...Hati bimbang tinggalkan abah di kg sebab abah tak boleh boring, tak boleh duduk diam mesti ada saja kerja nak dibuat..tu sahaja yang saya bimbangkan.. Tapi sayangnya mak taknak ikot..alasan ingin berniaga...
9.30malam saya dan suami gerak balik ke putrajaya diiringi airmata yang bercucuran kerana bimbangkan abah...tapi apa boleh buat, mak tak nak..saya hanya mampu mendoakan abah sabar, kuat dan cepat2 sembuh agar dapat bergerak dan beraktiviti seperti biasa...hanya berserah pada Yang Maha Esa untuk tengok2kan..
Ya Allah,,peliharalah abah,,masa dan pengorbananku kepada abah tidak la berapa penting bagiku, tapi abah lupa masa dan pengorbanan abah kepada ku selama membesarkan ku lebih besar nilainya di mataku..lebih besar maknanya..Maka, Jagalah abah untukku Ya Allah supaya abah cepat sembuh dan sihat seperti sediakala..berikan abah tahap kesabaran dan kekuatan yang tinggi di dalam dirinya...hanya kepadaMU aku memohon dan kepadaMU aku meminta...Amin....
 |
| Kakak sayang abah sangat2... |