Jam dah menunjukkan pukul 3pg.. Tetibe fikiranku teringatkan berkaitan permbedahan yg akan abah jalani minggu depan.. Kali ini,,aku tidak dapat menahan lagi sebak yg ku simpan selama ini di dalam dada.. Ku toleh di samping ku,,suami baru saja lena.. Nak mengadu,,aku tengok die akhir2 ni pun macam xberapa sihat.. asyik bad mood jer.. Nanti meluah rase dalam tangisan aku depan dia,,lagi buat dia risau.. Aku hanya mampu menangis seorang diri..Melepaskan rasa sebak dan takut.. Tapi,,aku xsangka,,tangisanku membuatkan hubby tersedar dari tidurnya... Terpaksa juga ku luahkan sedikit bahawa aku takut..takut abah nak jalani pembedahan... Hanya kata2 itu yg mampu keluar dari bibir ini..Kemudian,,aku suruh hubby tidur dulu..Lagipun esok dia nak keje.. Kesian dia kalau xcukup rehat..Namun,,,kerisauan aku pada abah belum lagi hilang smp la saat jari jemariku laju menekan2 keyboard laptop ni..
Dalam masa yang sama,,aku terfikirkan mak kat kg... Adakah mak mampu memikul ujian ini? Siapa di samping mak untuk meluahkan kerisauan dan kebimbangan di hati mak sekarang ni? Dugaan dan ujian mak lebih berat berbanding aku..Aku yakin sekarang,,mak keseorangan,,tiada teman untuk menangis..tiada teman untuk meluah..Esok pagi baru mak bertolak ke sini..Aku akan cuba untuk kuat di depan mak agar aku dapat berikan mak kekuatan menghadapi semua ini.. Suami tercinta yang telah hidup bersama selama lebih 30 tahun,,bakal menjalani pembedahan di usia emasnya..Isteri mane yang tidak risau? Isteri mane yang tidak takut? Aku faham perasaan mak..
Dalam masa yang sama juga,,aku fikirkan abah..Adakah abah lena tidur di bilik sebelah sekarang ni? Adakah abah tidak memikirkan keadaan dirinya untuk menjalani pembedahan? Aku risau abah xlena tidur..Aku risau abah sedih berseorangan sebab aku tau sangat abah tak suke menunjukkan perasaan sebenar dia di depan anak2.. Tak nak buat anak2 dia susah hati..Aku tau,,di sebalik senyuman dan ketawa abah,,terselit seribu kepayahan untuk dia menghadapi semua ini...Abah sentiasa menunjukkan dia kuat,,dia tabah..Tapi duduk dalam bilik,,termenung sorang2,,fikiran entah ke mane...
Mak,,Abah,,akak sentiasa ada untuk mak untuk abah...Akak sedia mendengar segala luahan hati yang ingin mak dan abah luahkan..Akak rela menjadi teman yang setia untuk mak dan abah.. Namun,,bagi akak segalanya ini belum lagi dapat membalas segala jasa mak dan abah yang telah dilakukan selama ini untuk akak...Akak sentiasa ingat kepayahan dan kesukaran hidup yang terpaksa mak abah tempuhi dan gagahi demi membesarkan anak2 dan demi memberikan ilmu serta kejayaan kepada anak2... Akak sentiasa ingat semua tu mak,,abah...Kenangan2 itu,,xmungkin dapat diputarkan kembali..Kini,,akak hanya mampu impikan untuk melihat mak abah bahagia dan gembira bersama anak2,,menantu2 dan cucu2..
Terima kasih abah yang dulu telah mengizinkan akak untuk bekerja di bawah perkhidmatan awam..Kini,,kemudahan yang diberikan kepada penjawat awam,,dapat memudahkan abah untuk mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan tanpa sebarang bayaran..Ada hikmahnya di sebalik pertengkaran kecil antara mak dan abah dulu... Mak berkeras xnak bagi akak keje jauh2 dari keluarga sebab akak selalu sakit2..Mak risaukan kesihatan akak.. Tapi abah pula berkeras untuk akak bekerja di dalam perkhidmatan awam.. Abah mengajar akak untuk berdikari,,abah mengajar akak untuk terus berdiri di kaki sendiri tanpa duduk di bawah ketiak mak abah.. Akhirnya,,mak akur dengan kata2 abah dan mengizinkn akak ke Putrajaya untuk membina hidup baru sebagai seorang perantau dan penjawat awam.. Alhamdulillah syukur...
Abah,,akak sayang abah sangat2.. Akak harap abah sentiasa kuat..
Ya Allah,,aku mohon padaMu yang Maha Agung,,Berikan kekuatan kepada abah untuk menempuhi semua ni.. Aku mohon berikan daya ketahan yang tinggi untuk abah sebelum,,sewaktu,,dan selepas pembedahan dijalankan.. Selamatkan abah dari sebarang bencana..Aku mohon Ya Allah,,izinkan abah merasai kebahagiaan yang sebenar bersama anak2 dan menantu2,,cucu2 serta isteri tercinta.. Izinkan juga abah agar dapat melihat zuriat2 ku..Izinkan Ya Allah..Izinkan abah terus meneruskan hidup seperti seorang bapa yang sempurna...
Ya Allah,,buangkan jauh2 perkara2 yang tidak diingini terlintas dari fikiranku..dari hidupku..dari kelargaku.. Berikan cahaya dan sinar kebahagiaan dalam hidup keluargaku Ya Allah...Aku mohon padaMu... Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar,,Engkau Maha Mengerti,,Engkau Maha segala2nya di muka bumi ini...