Thursday, February 23, 2012

Saya Menang Lagi !!!

22 Feb Jam 3petang satu lagi contest tamat.

Alhamdulillah dapat tempat pertama. hadiah photoshoot bernilai Rm500 ke atas.

Setelah membuat arrangement berhubung tarikh photoshoot, kami dapat kata sepakat photoshoot akan diadakan pada sabtu 25 feb jam 10pagi di Kota Damansara.

Mudah2an hubby dapat arrange kan pula waktu dia bertugas. Bukan senang nak dpt peluang macamni. Asyik tengok orang lain jerk menang posing sane posing sini. dalam hati ni teringin jgk. Thank to my luvly fren yg banyak membantu meraih undian iaituuuu.... Puan RynEzy Johari... hehehe...

Ni gambar yang saya masukkan untuk contest tu

amacam? romantik tak? hihihihi

Pihak admin AnyoneCanModel pun dah emelkan details temujanji photoshoot siap bagi map lagi.. kalau sesat jugak xtau la doe!!!

ok.. Just nk share ke-excited-tan saya... (blh ker bhs melayu camni?)

Tiket Free Adnan Sempit 2

Haritu bz tak sempat nak tulis cite panjang2...

Harini free sikit dan teringin nak share pengalaman best kat blog ni pulak...hehehe...

Aku masuk contest dan menang dpt 2 tiket free Adnan Sempit 2... Seronok sangat2... 17.02.2012 nak pegi tayangan perdana kat MBO Cinema Subang Parade... First time nak ke sana ni...Belum pernah sampai lagi walaupun dah dekat 6tahun aku keje kat putrajaya ni.... hahaha...kesian kan?

Masa nak pegi ni memang excited sebab nak jumpa retis taw.. Tapi sayangnya,,sesat... hahaha... suh hubby berhenti tanya orang, dia xmaw..sombong tol!! geram jerk rasa...last2 kat tgh2 jln traffic masa lampu merah bhnt sblh teksi...aku buka tingkap tny kat dreber teksi tu...haaaa...kan dah dpt direction! lepas tu aku pun bebel le kat hubby... Org sombong ni xkan sampai kemana2...sampai sesat adala..hahaha...tp dlm bebel2 aku tu,,ada gak la joke nye..xde la bebel straight...mak abah kat blkg pn gelak je dgo...

Akhirnya, kami pun sampai MBO Subang Parade...dah masuk Subang Parade,,hubby pulak jln laju gile tinggalkan aku, mak & abah.. dlm hati "eh! sapa yg excited ni?" hahaha...nak gelak pun ada tgk gelagat hubby ni...

Adnan Sempit 2 best doe!!! Rugi x tengok taw... sakit perot gelak... Lepas habis tu aku org pertama yang keluar dari panggung.. Sebab nak berphotoshoot dgn retis...

So aku nak kongsi cket gmbr2 dgn retis ni..hehehe


 

Kami yang hadir

Hubby yang excited

Saya dan Adnan Sempit2

Mak & Abah Saya

Hubby & Epi (Raja Lawak)

Saya & Intan (Ada macam adik beradik tak? (^_*)


Amacam? cantek x intan ni? hiiii....cantekkkkk~~

Retis2 ni jerk yg dapat aku tangkap... Yang lain tu xberkesempatan...

So, ni je la kot yg sempat aku nk share... Nak start buat keje dah...

Take care u olls... (ceh!!berangan lebey...)

Tuesday, February 21, 2012

Pahala Terakhir Seorang Isteri

Nor tidak pasti siapa pemilik asal cerita sedih ini tapi biarlah ianya dipaparkan di blog Nor sebagai peringatan buat diri Nor sendiri dan juga semua yang membacanya…Semoga kita mendapat kebaikan dengannya….InsyaAllah…
************************************


Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walaubagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan. Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa. Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing. Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, “Abang, Zee terlalu penat,” lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali – panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya. Sabda Rasulullah s.a.w, “Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya. Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya …semoga Allah perkenankannya.


sumber dipetik dari: blog Kisah & Tauladan wordpress..


P/S: SEBAR2KAN KEPADA WANITA YANG BERGELAR ISTERI... :-) YANG BUKAN BERGELAR ISTERI PUN BLH DIJADIKAN PANDUAN... :-)

~KeikHl@s@N~

SIFAT ikhlas sangat penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian kerana orang yang ikhlas dianggap sempurna imannya. Ikhlas adalah sifat jujur yang dipraktikkan melalui perbuatan, percakapan dan amalan seharian.


Ikhlas datang daripada hati akan menjadikan sesuatu perbuatan dan amal itu diterima Allah.


Nabi SAW bersabda;


Siapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya. (Riwayat Abu Daud)


Berdasarkan hadis ini, sifat ikhlas penting dalam memberi dan menolak sesuatu yang haram serta membenci perbuatan tidak baik. Malah, tujuan berkahwin yang ikhlas kerana Allah sangat dituntut Islam kerana ia adalah cara menuju kesempurnaan iman. Begitulah tingginya kedudukan sifat ikhlas dalam hati Muslim. Sifat ikhlas dapat dididik kepada anak melalui pemberian, percakapan dan membenci sesuatu perkara yang dilarang Allah. Pendidikan ini mesti dilakukan secara berterusan.


Ikhlas sebenarnya wujud dari hati, bukan melalui percakapan. Ada sesetengah orang mengatakan, pemberian saya ini ikhlas. Belum tentu sifat ikhlas itu wujud seratus peratus kerana pemberian yang ikhlas adalah lebih baik dilakukan secara diam-diam dan tidak perlu ia dihebahkan kepada orang ramai.


Sukar untuk menentukan keikhlasan yang datang dari hati. Hanya seseorang yang beriman dan betul-betul ikhlas yang dapat mentafsirkan pemberiannya ikhlas atau ada maksud di sebaliknya.


Nabi SAW bersabda yang bermaksud:


Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang segak tubuhmu dan tidak pula pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu. Barang siapa memiliki hati yang salih, maka Allah menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai Allah ialah yang paling bertakwa. (Riwayat Ath-Thabrani dan Muslim)


Seseorang yang sentiasa mendidik hatinya untuk ikhlas melalui perbuatan, percakapan dan pemberian akan dapat menuju ke arah ketakwaan kepada Allah.


Sabda Nabi SAW yang bermaksud:


Siapa memurkakan Allah untuk meraih keredaan manusia, maka Allah murka kepadanya dan menjadikan orang yang meredainya menjadi murka kepadanya. Namun, siapa yang meredakan Allah (meskipun) dalam kemurkaan manusia maka Allah akan meredainya dan meredakan kepadanya, orang yang pernah memurkai-nya, sehingga Allah memperindah dirinya, memperindah ucapannya dan perbuatan dalam pandangan-Nya. (Riwayat Ath-Thabrani)


Sifat ikhlas wajar dididik dan dilatih sejak kecil lagi. Bimbingan pendidikan ini mesti dilakukan secara berterusan dalam pemberian, perlakuan dan perbuatan. Oleh itu, sifat ikhlas ini tidak perlu dipamerkan tetapi dipraktikkan.



Dipetik dari: MUTIARA HATI