28 Januari 2013 (ISNIN)
Merupakan hari yang tak mungkin akan aku lupakan..Mungkin begitu jua bagi mak, along dan adik. Abah 'pergi' tinggalkan kami semua. 'Pergi' bertemu Ilahi, Pencipta Yang Maha Agong.
****************
24 Januari 2013 (KHAMIS) - Cuti Maulidur Rasul saw
*9.00pg*
# aku dan adik bergerak pulang ke kampung. gerak pagi sebab semalam hujan lebat sgt2..xberani nak merempuh hujan yang begitu lebat sekali....
*12.00tghr*
# smp rumah mak,,mak dan kak maria baru balik dari berniaga. tengok muka mak letih je..terus ajak mak dan kak maria ke HSA (Hospital Sultanah Aminah) JB sebab kesian kat along jaga abah smp tak tidur. sebab abah dah mula meragam.. dah baring nak duduk..bila duduk kejap nak baring semula..2malam along tak tidur sebab layan kan kehendak abah. smp kan 1 malam tu abah nak keluar dari wad..so along bawa abah naik wheel chair turun dari wad..nak tau pegi mana?
pegi duduk kat bus-stop depan hospital tepi jalan raya besar menghadap pantai lido..JAM 12.00malam...along ade tunjuk gmbr abah duduk di wheel chair smbil kaki berlunjur kat tempat duduk bus-stop..terlentuk kepala tidur.. along kata,,tu abah baru dapat tidur..tidur hmpir sejam kat bus-stop...baru la along bawa abah masuk wad...sedih dgr along cite camtu.. sebab tu nak cepat2 pegi tgk abah,,ganti along jaga kejap supaya along dapat tidur dan rehat dalam 3,4jam...
*2.30ptg*
# smp di HSA dan terus belikan along makanan minuman dan bergegas naik ke wad..kesian tgk along,,mata merah menyala menahan ngantuk..aku salam abah pun,,abah dah xmacam biasa..
(selalunya kami smp abah akan senyum, hulur tgn utk salam, peluk kami, cium kami) tapi haritu kami datang..abah dah xhiraukan kami..aku amik tgn abah utk salam..aku cium pipi abah kiri kanan..mcm tu jgk dgn adik dan mak..
abah : along dah tak larat nak jaga abah..along dah penat jaga abah..
along : along bukan xlarat kak..abah dah bgn nk duduk,,dah duduk nk bgn,,abah xselesa..along pun dah xtau nk buat camana bagi abah selesa..
aku : camni la long jaga orang sakit..serba tak kena..abah xselesa dah 2mgu duk katil ni jerk...
along : along bukan ape kak,,along sedih..along kesian kan abah..along bukan mengeluh jaga abah..along xkesah..along masih mampu..tapi along kesian kan abah..along tak sanggup tgk abah camni terus.. (along dah menitis airmata...abah pulak meraup muka dengan tangannya)
aku pun sebak dgr along cakap camtu..tapi tahan juga airmata ni tak bagi jatuh sbb xnak mak tgk aku menangis,,xnak abah tgk aku menangis..aku hanya mampu mengusap rambut abah dan usap bahu abah supaya bersabar dan beristighfar... mak cuba tenangkan along..
mak : sabar la long...jaga la abah sementara abah masih ada ni..jgn marah2 abah..nanti abah dah takde..along yg menyesal..mak xnak along menyesal bila abah xde nanti...
along hny diam membisu..cuma kedengaran tangisan along yg sedu...
habis sedunya,,along pun tidur..dapat la tidur lena 3,4jam..dalam masa kami jaga abah tu..mmg macam2 ragamnya..dah baring..."nak duduk" dah duduk.."nak baring..dah baring,,"nak turun katil..aku yg jg ni pun semput la jugak sbb badan shomel sgt2...seb baik ade adik sekali...baru la aku tau camana along rasa...
*7.30mlm*
# aku, mak, adik dan kak maria berangkat pulang ke rumah..sebab adik nak balik semula ke shah alam sebab jumaat (25.01.13) adik masih kerja.pejabatnya dah tak luluskan permohonan cuti adik..
25 Januari 2013 (Jumaat)
# lepas adik habis kerja,,adik bergerak balik..aku sms adik supaya terus direct ke HSA JB..bantu along jaga abah...pagi esok baru adik gerak balik... Alhamdulillah adik setuju.. sebab kesian kan along...adik smp xpasti pukul berapa..borak2 dgn along..waktu tu abah dah tidur sbb doc bagi injection kat abah..ubat thn sakit yg blh membuatkan abah tidur. dan smp ke pagi abah tidur..
26 Januari 2013 (sabtu)
# adik smp rumah lebih kurang kul 11lbh pagi..(dari HSA JB) pastu bagi adik tidur dulu..rehat..dlm kul 3ptg baru gerak semula ke HSA.. kali ni adik ganti along jaga abah..diorang plan nk gnti smp hari ahad..tapi yg pegi hny aku dan adik..sebab mak tkot penat,,letih..esoknya nak niaga lagi..
Kami smp di HSA seperti biasa belikan along makanan dan minuman...kami smp di wad..abah sudah seolah2 xmengenali siapa kami...aku amik tgn abah..salam cium tgnnya...aku nk cium pipi abah,,tp abah seperti mengelak..jadi dpt cium pipi knan jerk..adik pun camtu jugak..dan adik hny dpt cium pipi kiri abah...
abah dah mula cakap bukan2..dah mula meracau..xsanggup aku nk ceritakan...
*8.30mlm*
# baru aku dan along bergerak balik ke rumah.. sedih aku tak terkata sebab abah dah tak seperti selalu..aku dah tak merasa pelukan erat abah,,dah tak merasa ciuman dari abah..aku dah tak nampak lambaian tgn abah...
27 Januari 2013 (Ahad) - cuti thaipusam
# seperti biasa tolong mak berniaga..lebih kurang kul 10pg adik sms,,,abah dah masuk oksigen..adik suruh cepat2 datang ke HSA.. balik dr niaga terus bersiap..along cakap,,klu mak nk jaga abah boleh la bawa baju...tak aku sangka mak terus masuk ke bilik dan amik baju..aku jengah mak kat dlm bilik...
aku : napa mak?
mak : kemas baju..mak nak jaga abah..
tak semena2 mak meraung menangis....
mak : abah sakit mak xdapat jaga abah...mak xkuat nk angkat abah..mak xkuat nak jaga abah...
mak meraung dan ngs tersedu2..
aku : sabar mak...istighfar..ingat tuhan...mak bawa baju..nanti mak jaga abah pulak..mak boleh jaga dgn adik..klu mak nak kita jaga sekali dgn mak pun boleh... (aku pujuk mak dari terus menangis)
mak : mak tak pernah biar abah sakit sendiri kak kat spital..selalu mak yg jaga abah...tapi kali ni mak xdpt jaga mak terkilan kak..(raungan mak lebih kuat dari tadi...)
aku : takpe la mak...kakak tau mak dah lama tahan diri mak dari mengangis...nangis la mak..lepaskan perasaan yg terbuku di hati mak tu..biar mak rasa lega..kakak ade kat cni dengan mak...
mak peluk aku erat dan menangis semahu2nya...sehingga la reda tangisan mak...terus kami bertolak ke HSA..
*12.30tghr*
# smp di HSA adik dah menunggu di depan dengan mata yang bengkak menangis..
adik : kenapa lmbt sgt kak? adik tak sanggup tgk abah sakit camtu..adik xsanggup tgk ngadap sorg2...
aku terus meluru masuk dan tgk nurse lelaki sedang jolok tiub utk masuk ke perot abah sbb abah dah 2x muntah hitam..nurse nak biar apa isi yg ada di dalam perut abah keluar melalui tiub itu...aku saksikan abah meronta2 kesakitan swaktu nurse menjolok tiub ke dalam perut abah...menitis airmata aku melihat abah terseksa kesakitan..aku dtg dekat dan mengusap2 kaki abah..
sebaik nurse membuka tirai,,mak dan along pun datang menghampiri abah..bertakung air di kelopak mata mak..aku dapatkan adik dan cuba tenangkan adik..
adik : adik xsanggup kak tgk abah camtu..kenapa lmbt sgt smp..
aku : sabar la dik..jgn mcm ni..istighfar byk2...
aku masuk semula ke dalam dan ku lihat doktor sedang bercakap dengan along...aku mendekati mereka tnp disedari oleh along dan aku terdengar "kami dah tak boleh buat apa2..ayah encik boleh dikatakan tenat.." sekali lagi airmata aku berderai jatuh dan xsanggup utk aku terus disitu mendengar setiap butir bicara doktor itu...
aku mencari ruang untuk aku bersendiri, berfikir dan bertindak dengan waras...
setelah aku mendapat kekuatan,,aku melangkah semula masuk ke dalam dan bertanyakan along,,apa yg dikatakan oleh doktor tersebut..
along : doc cakap,,diorang dah tak boleh nk buat apa2..kanser abah dah merebak ke paru2..dah xblh nk buat apa2..doc kata abah dah nazak dan boleh panggil sedara mara dtg tengok..
aku : hbs along ckp ape?
along : along tny,,apesal masa mula2 masuk xbuat2 smp skrg dah teruk merebak ke paru2 baru nk bgtau dah teruk? tapi doc dah ader jwpn dia...scan batu pahat xbagus la..scan keputusan lain2 la..ntahla..along pun xtau nk ckp..sakit hati ni diorang buat abah camni...
(along seolah2 tidak dapat menerima apa yg dilakukan doc terhadap abah..sejujurnya,,aku juga tidak berpuashati cara kerja dan prosedur yang dijalankan oleh doktor2 di HSA..tapi,,apa boleh buat..semuanya telah ditentukan oleh Allah..telah tertulis sejak azali lagi abah menerima nasib sebegini rupa...)
aku : sabar la long..along jgn camni..abah dlm keadaan camni..bg la abah pergi dgn tenang..terima qada' dan qadar Allah..istighfar byk2...
# aku dan mak sama2 menghubungi sedara mara untuk memaklumkan perkara ini.. dalam masa yg sama hati ini berat untuk balik ke rumah..meninggalkan abah di hospital bersama mak dan adik...tapi apa boleh buat,,along tetap nak ajak balik sebab baju2 semua xbawa..
jam 12.00mlm baru aku, along dan kak maria bertolak pulang ke rumah..setelah kami adik beradik berbincang mengenai abah..along asalnya nak bawa abah balik dan jaga saja dirumah..tapi ikutkan kata hati aku,,aku xsetuju..
along : along rasa,,umur abah masih pjg..along tak rasa abah dah nak pergi tinggalkan kita..sebab doc kata klu merebak ke paru2 klu penjagaannya betul,,paru2 abah boleh baik sebab pernah jadi kes camni..dah baik baru boleh oprate buah pinggang abah..
adik : adik pun rasa camtu jugak..
aku : klu dah korang rasa camtu,,buat apa kita nk bawa balik abah..biar je la abah kat spital...sekurang2nya spital boleh bagi,,boleh supply apa keperluan abah yg sepatutnya..klu kita bawa balik pun,,kita cuma blh bagi abah gas oksigen tu jerk..camana abah nk baik sedangkan kita xblh supply apa yg patut..baik kita biarkan dulu kat spital smp abah baik... (dlm masa yg sama..aku bersyukur sbb along terbantut niatnya utk bawa abah balik..sebab aku tau,,penjagaan dirumah tidak sama dengan di spital)
along&adik : klu akak dah cakap camtu ok la..kita tunggu smp abah baik...
28 Januari 2013 (Isnin)
*9.00pg*
# suamiku dalam perjalanan pulang ke kg..(suami kerja baru ni dapat cuti) dan smp dlm kul 12 dan terus bergegas ke HSA JB..smp di sana Cik man (abg kpd mak) dah ader melawat abah..aku lihatkan abah terus tiada semangat,,,terus tiada daya,,,hanya berkomunikasi melalui anak mata..setiap butir bicara abah sudah tidak jelas dan nyata..
sesekali aku ternampak setitis airmata di hujung mata abah...samada tangisan kesakitan atau tangisan kesedihan aku tidak pasti..ramai sedara mara yang datang melawat abah hari itu..setelah semua sedara mara balik...tinggal kami anakberanak..aku lihat abah semakin kekurangan nafas..mesin nadi juga sudah di bawah 70%..nafas abah semakin lemah...aku, adik, along dan mak bergilir2 mengajar abah utk mengucap dua kalimah syahadah..aku pegang tangan abah..sangat sejuk aku rasa tgn abah...tapi dada abah masih hangat..aku usap rambut abah,,,sejuk..dahi abah hangat...
aku, adik, along, mak xhenti dan xjemu2 mengucap dua kalimah syahadah di telinga abah kiri dan kanan...aku dan mak di belah kiri,,along dan adik di belah kanan...aku nampak nafas abah dihembus kuat dan tnp aku sangka aku menjerit "abah!!!!!" mak buka oksigen abah,,,abah tersedak dan bernafas semula... "Allahuakbar..." dan aku lihat mak menadah tangan dan berdoa... "Ya Allah...andai ini telah tiba ajal suamiku,,biarlah dia pergi dengan tenang...aku redha pemergiaannya kerana aku xsanggup melihat penderitaannya Ya Allah..bantulah Suamiku..." dan aku juga menadah tgn dan meng-aminkan doa ibuku...
*5.15ptg*
# aku tersedar yang aku bakal hilang pertimbangan diri...aku mencapai kitab yasin dan membaca dengan tenang...separuh yasin aku baca,,,abah telah pun menghembuskan nafas yang terakhir dengan mudah, tenang..sehinggakan kami tidak perasan bahawa abah benar2 telah pergi meninggalkan kami..
nurse pun datang dan mencabut semua wayar yang dipasang di anggota tubuh badan abah...mak menangis di sisi abah...aku tarik mak dan memeluk mak..aku juga sedih atas pemergian abah...apa yg boleh aku katakan " sabar mak..istighfar...mak jgn ngs camni..nanti abah xtenang..."
aku, mak, dan along menghubungi semula sedara mara yang telah datang tadi memaklumkan berita pemergian abah..
*7.30mlm*
# aku, suamiku dan kakak iparku bergegas pulang ke rumah..ingin mengemas rumah kerana jenazah akan dibawa pulang ke rumah semalaman..hari dah lewat petang,,dari kelam kabut menguruskan pengebumian,,lebih baik uruskan esok pagi2 agar semuanya sempurna pengurusannya..
hampir 10.30mlm jenazah tiba dirumah..jiran tetangga dah ramai yang tunggu dirumah..sedara mara semua dah ada..malam itu semalaman aku tidak tidur sebab menjaga jenazah..aku berkata di dalam hati "aku xdapat nak jaga abah kat spital..dapat jaga malam ni pun jadila..malam terakhir abah tidur kat rumah..."berkali2 aku mengulangi bacaan yasin supaya hatiku tenang..semoga roh abah juga tenang...kesejukan mlm tu sangat2 lain aku rasa..menyucuk2 hingga ke tulang...jam 6.30pg aku kejutkan adik supaya jaga jenazah abah pula utk aku melelapkan mata sekejap...
*7.30pg*
# aku bangun dan jengah keluar menanti pak imam yang menguruskan pemandian dan mengkapankan jenazah..Alhamdulillah semua urusan pemandian (along, adik dan suamiku turut serta), mengkapankan dan menyembahyangkan jenazah diselesaikan dengan mudah dan lancar...
sewaktu jenazah telah diusung utk dibawa ke tanah perkuburan,,aku bertanya kat mak...
aku : mak,,mak ikut eiy?
mak : xpela kak,,mak tinggal rumah...
aku : ikutla mak,,kita tengok abah buat kali terakhir...
xsangka ayat itu telah membuatkan mak meraung sekuat hati..aku tarik tangan mak dan memeluk mak...
mak : xsangka kak abah sekejap je pergi..mak rasa macam baru je la hidup dengan abah...abah pergi tinggalkan mak sorang...
aku : sabar mak...jgn macam ni..istighfar mak..istighfar...kesian kat abah...istighfar mak bagi abah pergi dengan tenang...
sungguh kuat pelukan mak aku rasakan...sebak di hati aku tahankan..aku kuatkan smgt demi mak..andai aku kalah,,,apatah lagi mak nanti...
aku pujuk mak,,dan ku pimpin tgn mak ke kereta..
smp di tanah perkuburan,,jenazah masih belum smp..sedara mara yang jauh2 telah tunggu di masjid..setiap kali mak menerima pelukan dari sedara,,tiap kali itu juga mak meraung menangis..aku tukang usap mak suruh istighfar..
setibanya jenazah di masjid,,aku pimpin tangan mak masuk ke masjid..aku lihat mak seperti tidak bermaya dan ku pinta mak duduk di sebelah ku...
selesai jenazah disembahyangkan,,jenazah diangkat oleh along, adik, cikyan dan busu..suamiku telah membawa payung, tikar, air, bunga ke tanah perkuburan..dan aku pimpin mak berjalan ke kubur..
mak : kak,,pelan2 kak..lutut mak lemah sgt ni...
aku : yela mak...
waktu tu cuaca mmg panas terik sangat2..tapi aku xsangka di tanah kubur aku rasa nyaman sgt2 walaupun panas terik,,angin begitu kuat bertiup..smp tidak terasa kepanasan cuaca...aku saksikan mudah dan lancar segala urusan pengkebumian..aku syukur sgt2...sepanjang pak imam membacakan talkin,,aku rasa angin lebih kuat bertiup kencang yang selama ini tidak pernah aku rasa angin sebegitu kuat.. hati ku terdetik "syukur alhamdulillah cuaca sangat baik demi abah.."
selesai segala urusan membaca talkin,,kami sekeluarga menyiram air dan bunga di atas pusara abah...dan dalam perjalanan balik..hatiku terdetik... "Ya Allah..yang aku tau 7langkah kita keluar dari tanah kubur,,malaikat nungkar dan nangkir telah datang menyoal ahli kubur..Ya Allah,,bantu la abah..jauhkan abah dari seksa kubur...permudahkan abah menjawab semua soalan2 yang diajukan.. Ya Allah,,semoga semua amalan abah,,kebajikan abah,,kebaikan abah kepada sedara mara diterima oleh MU dan bekalan utk abah 'disana'" setitis airmata ku jatuh dan cepat2 ku usap kerana mak ada ditempat duduk belakang..aku tak nak mak nmpk airmata ku jatuh...
3malam kenduri tahlil telah selesai dijalankan..begitu juga tahlil ke7..dan kini aku dah kembali bertugas seperti biasa...bertalu2 ucapan takziah dari rakan2 sepejabat diucapkan kepada aku..
Namun kini, aku teringatkan mak...mampukah mak harungi hari2 mendatang tanpa abah disisi? mampukah mak harungi semuanya seorang diri?
teringat dulu sewaktu kematian arwah nenek...tinggal mak sorang2 di rumah..setiap hari mak meraung menangis kerana teringatkan semua kenangan2 yang ada dirumah bersama arwah..aku xnak mak kini mengharungi keadaan sebegitu...
Ya Allah,,kuatkan semangat mak,,tabahkan hati mak,,tingkatkan kesabaran di hati mak..agar mak dapat harungi dugaanMU ini dengan tenang..aku juga inginkan ketenangan untuk roh abah...
Ya Allah,,ampunkan semua dosa abah sepanjang hayatnya yang mana abah sedari atau pun tidak..jadikan semua kebaikan abah sebagai bekalan abah menuju ke syurga..permudahkan abah untuk menjawab semua soalan2 yang diajukan..tempat abah disisi hamba2MU yang beriman...Luaskan kubur abah,,selesakan abah di sana,,terangi kubur abah setiap masa dan ketika..aku juga berharap agar semua penderitaan kesakitan abah selama ini dapat menghapus semua dosa2 abah...Amin Ya Robbal Alamin....
Al-Fatihah buat Allahyarham ISMAIL BIN HJ ABD RAHMAN...
KOLEKSI GAMBAR KENANGAN BERSAMA ARWAH ABAH...
 |
| GAMBAR KELUARGA YANG DIGANTUNG DI DINGING RUMAH...GAMBAR BERAMAI-RAMAI YANG TERAKHIR DIAMBIL BERSAMA ARWAH..RAYA 2011 |
|
 |
| SEPANJANG PERKAHWINAN KU BERSAMA SUAMI..PERTAMA KALI AKU MELIHAT AIRMATANYA SEWAKTU ABAH SEDANG NAZAK DAN MENGHEMBUS NAFAS TERAKHIR... |
 |
| PASANGAN BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT... SEWAKTU ABAH SIHAT WALAFIAT..TAHUN 2010 DI DATARAN PUTRAJAYA |
 |
| TAHUN 2008.. SELEPAS AKU BERTUNANG..SEBELUM BERNIKAH.. |
 |
| TAHUN 2012..LEBARAN TERAKHIR BERSAMA ABAH... |
 |
| TAHUN 2012...KALI TERAKHIR BERGAMBAR BERSAMA ABAH...KAKAK SAYANG ABAH..KAKAK DOAKAN ABAH TENANG DAN AMAN DAMAI DI SANA... (^_*) NANTIKAN AKAK, MAK, ALONG, ADIK DI PINTU SYURGA.. |