Tuesday, January 22, 2013

Resah Hati Tak Keruan

Abah masih lagi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan semakin sedih melihatkan keadaan abah menahan sakit. Menderita menanggung kesakitan yang tidak pasti bila kan berakhir penderitaan ini.
Abah semakin hilang kesabaran kerana menanggung sakit yang teramat sangat. Malam tadi dikhabarkan oleh Along, doktor masukkan tiub melalui hidung dan dibawa ke Bilik x-ray untuk di x-ray sekali lagi untuk melihat salur darah buah pinggang.(ntahla..xberapa faham sgt).

Abah semakin lemah, perut semakin membesar, sakit semakin kerap dan berpanjangan. Di rumah pulak, pintu sliding kaca baru je pecah sabtu (19/01/2013), pastu kereta pulak buat hal..start2 xmau hidup, pastu tayar motor pulak bocor.. Ya Allah petanda apakah ini?

Hati ni dah tak tertanggung lagi perasaan sedih..Berhamburan airmata ini keluar tnp henti malam tadi mendengarkan khabar abah di hospital..dah tak tau jalan apa lagi yang harus aku lakukan..buntu, pening, risau..

Wednesday, January 16, 2013

Ingatan ISTIMEWA kembali lagi

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia, (^_^)

Rindu nak meluah perasaan di blog ni.

Perginya 2012 dan tirai 2013 dibuka oleh semua orang dengan keseronokan dan kegembiraan. Tapi aku dan keluarga menerima kehadiran 2013 dengan kepiluan dan kesedihan. Abah sekali lagi dimasukkan ke wad Hopsital Batu Pahat. Perut abah membengkak besar dah. Hari isnin 31 Dis 2012 masuk wad, tapi 4 Januari 2013 baru doktor scan perut abah. Keputusan scan mendapati abah mengidap kanser buah pinggang. Ya Allah,,dalam hati ini,,adakah aku yang bersalah?

**Flashback**
Sebelum ini abah telah dimasukkan ke HUKM,,tapi pakcik (abg abah) mendesak suruh ke Jeniang, kedah untuk mengambil rawatan kampung (oprate batin). Mulanya berat untuk bawa abah pergi ke sana. Tapi desakan demi desakan kami akur dan minta keluar dari hospital tersebut untuk bawa abah ke sana.

Sampai di sana memang ramai orang yg menunggu, beratur, untuk menerima rawatan. Suami ternampak notis di dalam rumah tersebut "Bomoh Diraja". Jadi hati tu hilang sedikit rasa was-was. Tapi bila lihatkan cara rawatan dia kepada pesakit-pesakit, "erm..betul ke ni? xsyirik ke?" was-was itu timbul lagi.. Selesai rawatan abah, kami kembali ke rumah homestay yang kami sewa 2hari 1malam kerana abah ingin cuba rawatan kencing manis dan darah tinggi pula.. Keesokannya, kami sekali lagi pergi ke rumah 'Pak Teh' untuk abah menerima rawatan kencing manis darah tinggi. Selesai sahaja rawatan tersebut, kami terus kembali ke Putrajaya.

Abah disuruh berpantang seperti pesakit yang baru sahaja lepas menjalani pembedahan sebenar. Dalam beberapa bulan perut abah sakit semula. Pergi ke Hospital Batu Pahat bersama mak dan along. abah dimasukkan ke wad dan akan menjalani pembedahan angin pasang. Keadaan ini berlaku dalam insan-insan lain berhari raya. Abah selamat menjalani pembedahannya.

Selepas pembedahan itu dijalankan abah sering mengadu sakit perut yang terlampau. Bila ke hospital semula, x-ray doktor kata xde apa2..hanya kesan dari kesan bius opreation. 3,4x abah di bawa ke hospital dan 3,4x tu jgk la abah di x-ray. mcm2 spekulasi doktor bagi, batu karang la, kesan bius la, kesan oprate la..macam2. 3minggu sebelum tahun baru 2013 bermula perut abah mula membesar sikit demi sikit dan sering mengadu sakit kat mak. akhirnya abah dibawa ke hospital sekali lagi pada 31 Dis 2012 dan abah terus dimasukkan ke wad.
**

Adakah disebabkan kesilapan masa lalu kami, abah terpaksa menderita menanggung sakit kansernya selama ini? Ya Allah,,ampunkan aku, ampunkan kami..Kami berdosa membiarkan abah menanggung kesakitannya selama ini.

Harini, hari ke-8 abah di Wad Urologi, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Tanpa menerima apa2 rawatan. Doktor asyik tengok keputusan scan je dari abah mula masuk. macam2 spekulasi yang keluar dari mulut doktor:

1) kanser abah telah merebak ke usus.
2) kanser abah merebak ke hati&paru2.usus xkena
3) kanser abah merebak ke hati& paru2 & usus.
4) kanser abah merebak ke usus sahaja.

doktor pakar paru2 kata nak datang 14 Jan tapi xde datang2 pun lagi. dan sepatutnya 11 Jan perut abah diteropong untuk melihat keadaan dalam perut abah. tapi tunggu2 takde pun. semalam along bagitau Esok (17 Jan) doktor nak teropong dan jadual makan telah diberi. ujian pernafasan telah diberi dan abah lulus dalam ujian tersebut. Lega sikit dengar. ini bermakna paru2 abah xde masalah. (Harap2 camtu la).

Malam ni balik kg sebab esok nak ke JB bawa mak dan kakak ipar tengok abah dan dengar keputusan teropong tu. Harap2 xde la dengar keputusan yang serius.

Abah,,kakak, mak, along, adik, abg sopi, kak maria dan sara sayang sangat2 kat abah. Kami harap abah tabah, kuat semangat dan sabar menerima Ujian yang sangat hebat dari Pencipta kita. Itu bermakna Allah sayang kat kita, bah...Kami semua doakan abah akan beroleh kesihatan yang baik dan berpanjangan agar dapat memimpin semula keluarga kita mcm dulu2.. Kami semua rindukan gelak ketawa abah, senyum abah, gurauan abah..

Kami sayang abah sangat2...