Abah masih lagi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan semakin sedih melihatkan keadaan abah menahan sakit. Menderita menanggung kesakitan yang tidak pasti bila kan berakhir penderitaan ini.
Abah semakin hilang kesabaran kerana menanggung sakit yang teramat sangat. Malam tadi dikhabarkan oleh Along, doktor masukkan tiub melalui hidung dan dibawa ke Bilik x-ray untuk di x-ray sekali lagi untuk melihat salur darah buah pinggang.(ntahla..xberapa faham sgt).
Abah semakin lemah, perut semakin membesar, sakit semakin kerap dan berpanjangan. Di rumah pulak, pintu sliding kaca baru je pecah sabtu (19/01/2013), pastu kereta pulak buat hal..start2 xmau hidup, pastu tayar motor pulak bocor.. Ya Allah petanda apakah ini?
Hati ni dah tak tertanggung lagi perasaan sedih..Berhamburan airmata ini keluar tnp henti malam tadi mendengarkan khabar abah di hospital..dah tak tau jalan apa lagi yang harus aku lakukan..buntu, pening, risau..
No comments:
Post a Comment
Ada nak komen apa2 ker? komen je k? tQ...(^_^)