Berikut adalah 5 perkara yang kebiasaannya lelaki akan lihat pada wanita:
Pertama; Kecantikan wanita.
Lelaki adalah makhluk yang mementingkan visual. Jika mereka melihat sesuatu perkara itu cantik di mata mereka, mereka akan terus suka tanpa berfikir panjang. Kecantikan yang di pandang lelaki tidak hanya terhad pada wajah sahaja. Sebaliknya mereka melihat kecantikan itu secara keseluruhan dan setiap lelaki mempunyai definisi kecantikan yang tersendiri.
Kedua; Postur badan.
Perkara kedua yang lelaki biasanya lihat adalah postur badan wanita. Dia akan lihat cara wanita itu berdiri, berjalan dan duduk. Dia juga akan lihat cara wanita itu menggerakkan tubuh badannya secara keseluruhan. Lelaki biasanya terpikat pada postur badan yang bercorak kewanitaan.
Ketiga; Perangai.
Lelaki tidak cepat menyerahkan cintanya sebelum melihat perangai wanita tersebut. Lelaki tidak sukakan wanita yang hipokrit iaitu suka berpura – pura. Lelaki biasanya terpikat pada wanita yang mempunyai perangai lebih kurang dengannya atau dia rasa wanita tersebut boleh menerima dia seadanya melalui perangai yang ada pada wanita tersebut.
Keempat; Kemahiran komunikasi anda.
Lelaki sebenarnya sangat malu apabila berhadapan dengan wanita. Jika dia melihat seorang wanita itu pandai berkomunikasi dengan dia, dia akan cepat terpikat padanya.Komunikasi yang lemah lembut dan pandai menjaga hati adalah antara perkara yang di perhatikan lelaki.
Kelima; Keunikan.
Setiap wanita mempunyai keunikan masing – masing. Jika anda pandai serlahkan keunikan yang anda ada, lelaki pasti akan memandang anda.
No comments:
Post a Comment
Ada nak komen apa2 ker? komen je k? tQ...(^_^)